Search This Blog

Saturday, November 7, 2009

~suami nusyuz????~

~sebelum nie aku hanye pernah mendengar isteri NUSYUZ... tp suatu hari aku ternampak sebuah majalah berunsur islamik. cukup membuat aku' tertarik kau memang de bomm'....aku pinjam dari seorang teman...aku baca dan bercadang untuk dijadikan sebagai judul assingment aku. namun terkechiwa kerana lect aku tidak berapa bersetuju mengenai tajuk tersebut. akhirnya aku menukarkan tajuk tersebut dengan perkahwinan...ok, sambung cerita tadi...aku baca majalah tersebut dan cuba memahami apa yang diperkatakan. mungkin agak janggal bagi aku yang mendengar buat pertama kalinya. namun aku yakin ada diantara korang yang tahu mengenai SUAMI NUSYUZ. 


menurut pendakwah bebas, Ustaz Alias Othman (Aniqah Jun 2009:23), 'nusyuz suami' bermaksud kegagalan suami dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. namun memang tidak dinafikan nusyuz suami dianggap ganjil di dalam masyarakat kita hari ini. ujar ustaz Alias lagi. nusyuz di kalangan lelaki semamangnya sudah dirakam di dalam al-quran tetapi tidak diguna pakai ke atas suami. akibatnya banyak kezaliman berlaku ke atas isteri dan si suami pula terlepas daripada beban hukuman yang seharusnya mereka tanggung.
suami nusyuz boleh ditakrifkan apabila suami enggan menunaikan hak spiritual, material atau bertindak kasar terhadap isteri.bagi isteri haruslah tahu apa hak spiritual isteri. sebelum ini saya tidak mengetahuinya. namun kini saya ingin berkongsi...hak spiritual isteri ialah komunikasi yang baik, memenuhi kepuasan seksual, memberi pendidikan agama, dicemburui, dan adil antara para isteri (bagi yg berpoligami), tidak dihina dan dikasari. manakala hak material isteri pula ialah mas kahwin, nafkah dan mut'ah jika berlaku perceraian tanpa nusyuz isteri (al-Qurtubi,op.cit 5:422-324, Dr. Muhamad 'Uqlah, op.cit 2:84, Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 124).

disini ada beberapa tindakan isteri jika suami anda nusyuz......(bakal suami kew???untuk yg bakal berkahwin)
  1. isteri mesilah bersabar
  2. mengingatkan suami tentang kewajipan husnu al-mu'asyarah seperti disebut dalam ayat 18 surah al-Nisa'.
  3. mengingatkan suami tentang hadith Rasulullah s.a.w yg menyatakan lelaki yang paling baik ialah suami yg paling baik terhadap isterinya.
  4. mengingatkan suami tentang akibat kezalimannya terhadap isteri
  5. sekiranya tidak berjaya. isteri berhak membawa kesnya kpd kadi untuk mendapatkan semua haknya. sekiranya masih juga tidak berhasil dan suami masih meneruskan nusyuz, kadi hendaklah menjatuhkan hukuman taazir ke atasnya. sekiranya bmasih belum terhasil, maka hakim hendaklah dilantik bagi berusaha melakukan sulh. jika usaha sulh juga gagal, maka penyelesaian terakhir ialh membubarkan perkahwinan (cerai).
  • sekiranya data-data yg sya kongsikan ini tidak tepat, silakan memebetulkannya.....

No comments:

Post a Comment